Kerjaya Sharnaaz Ahmad

2009–2012: Kerjaya awal, kejayaan utama dan Seru

Watak pertamanya adalah menerusi drama bersiri Tari Tirana. Ketika awal pembabitannya, Sharnaaz sering ditipu oleh agensi lakonan yang menjanjikan pelbagai watak namun mereka membatalkan disaat akhir. Akibatnya, Sharnaaz mula hampir putus asa sebelum mengambil keputusan untuk membina keyakinan diri dan penampilan tubuh badan. Sharnaaz juga menyertai syarikat pengurusan Groom Works pada tahun 2010 [4]. Hasilnya, setelah itu beliau berjaya muncul sebagai watak utama dalam drama bersiri K.I.T.A. arahan Micheal Ang dan bergandingan dengan pelakon komedi Scha Al-Yahya yang menjadi titik mula namanya dikenali. Kerana populariti yang makin meningkat, Sharnaaz berpeluang memegang watak utama dalam filem pertamanya, Seru arahan Pierre Andre. Pada awal tahun 2011, namanya mula mendapat perhatian umum malah turut tersenarai dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Kerjaya seni lakonannya berkembang dalam waktu yang agak singkat dan kehadirannya sebagai pelakon pelapis amat diperlukan kerana kemampuan bakat lakonannya dalam menjelmakan pelbagai watak dari komedi ke antagonis dan dramatik. Sehingga tahun 2013, beliau muncul dalam drama-drama arahan Michael Ang seperti Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Patah Seribu yang digandingkan bersama bekas kekasihnya iaitu Shila Amzah, sehingga beliau digelar anak emas pengarah tersebut. Gandingan tersebut begitu mantap dan serasi bahkan mampu menitiskan airmata penonton. Beliau juga muncul dalam drama arahan pengarah lain demi mencari kelainan seperti drama Ariana Mikhail, Bukan Bidadari dan telefilem Di Bawah Langitmu.

2013: Peningkatan kerjaya dan Juvana

Setelah dilamar pengarah hebat Kabir Bhatia untuk muncul dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil, beliau sekali lagi diberi peluang untuk muncul dalam filem Juvana sebagai Lan Todak yang akhirnya menjadi era kemuncak kerjayanya sebagai aktor. Lakonannya dalam watak antagonis seorang pelajar sekolah menengah dibawah hukuman juvana yang mempunyai masalah psikologi itu menjadi sebutan dan disifatkan antara watak jahat paling ikonik dalam sinema perfileman Melayu. Pada tahun 2013, nama Sharnaaz akhirnya mendapat tempat di mata pengkritik apabila lakonan mantapnya sebagai suami panas baran dalam telefilem Di Bawah Langitmu bersama aktres Nora Danish membolehkannya bersaing dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin. Dalam majlis sama, beliau juga turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) menerusi lakonan sebagai Lan Todak (filem Juvana). Biarpun tewas kepada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman, namun sejak itu namanya sudah diangkat sebaris dengan nama-nama besar dunia lakonan Malaysia.

2014–kini: Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan perkembangan terkini

Pada tahun 2014, nama Sharnaaz cukup sinonim dengan kejayaan drama bersiri 60 episod berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mencipta fenomena tersendiri sebagai antara drama bersiri paling ramai penonton pada tahun itu.

Rujukan

WikiPedia: Sharnaaz Ahmad http://www.channelnewsasia.com/news/lifestyle/shar... http://www.imdb.com/name/nm4459961/ http://www.mohdrohaizad.com/2011/07/biodata-profil... http://sensasimalaysia.com/penjelasan-sharnaaz-isu... http://m.themalaymailonline.com/showbiz/article/al... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.bharian.com.my/node/63302?m=1 http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/trans... http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/11/w... http://www.thesundaily.my/news/2201404